Monday, November 13, 2017

Go Back Couple

안녕하세요 여러분...

Hehehehe setelah sekian lama tidak mengupdate blog yang sudah berhabuk teruk ni, kali ni aku tergerak nak update. 

Sebenarnya, aku taktau nak salur celah mana lagi pasal satu kdrama yang aku tengah tengok ni. Tajuk dia Go Back Couple atau dalam bahasa koreanya, 고백부부 (go back bubu).

Sepanjang aku tengok cerita ni, bermacam-macam perasaan yang aku rasa -- seronok, sedih, geram, happy -- seribu satu rasa. Mungkin sebab cerita ni dekat sangat dengan perasaan yang aku tengah rasa sekarang. Dekat, terlalu dekat.

Cerita dia pasal sepasang suami isteri lakonan Seo Ho Joon sebagai Choi Ban Do dan Jang Nara sebagai Ma Jin Joo yang dah 14 tahun berkahwin dan sedang mengalami satu fasa perkahwinan yang dua-dua dah fedup dengan marriage life diorang. With all the miscommunication and misunderstandings, they finally divorced. Diorang ni ada sorang anak kecik, nama dia Seo Jin. Walaupun diorang dah kawen selama 14 tahun, tapi anak diorang kecik lagi dalam setahun lebih gitu. Mungkin style orang korea nak anak lambat kot ke apa ke idok pula aku tahu. Tapi itulah dia.

Kehidupan diorang ni hanya Ban Do yang bekerja. Kerja pulak jadi salesman ubat-ubatan, yang asyiklah nak kena jilat orang-orang besar semata-mata nak bagi laku jualan ubat dia. Orang-orang besar tu kebanyakannya doktor la. Ada sorang doktor ni, nama dia Dr. Park suka buli Ban Do. Paksa Ban Do cover setiap hubungan sulit dia, jangan sampai kantoi kat bini dia. Bini Dr. Park ni sangatlah hodoh tapi kaya yakmat. So, korang pun mesti boleh agak dah kenapa si Dr. Park ni kawen dengan bini dia tapi curang dengan ramai perempuan lain kan. 

Satu hari tu, Dr. Park ni suruh Ban Do tolong dia larikan perempuan simpanan dia kat hotel sebelum kena serang dengan bini dia. Sebelum kejadian tu, Ban Do dengan Jin Joo ni berselisih faham pastu Ban Do ada cakap pasal nak bercerai. So, entah macam mana ada sorang member Jin Joo ni pergi wasap gambar kat Jin Joo tanya tu bukan laki dia ke. Dalam gambar tu ada Ban Do tengah pegang tangan sorang perempuan depan hotel. Sebenarnya tu scene dia nak larikan perempuan simpanan Dr. Park daripada bini Dr. Park tu.

Lepas je dapat gambar tu, Ban Do pun wasap Jin Joo kata dia tak dapat balik malam tu. Dia tak dapat balik sebab dia taknak Jin Joo susah hati tengok muka dia yang lebam kena tumbuk dengan Dr. Park tapi Jin Joo ni dah salah faham sebab dia pun taktau cerita sebenar. So dia pun call Ban Do cakap yang dia nak bercerai, dia tak happy langsung sekarang ni, dia nak Ban Do lepaskan dia. Ban Do terkejut tapi dia pun tengah tension so dia pun setuju. Tapi Ban Do nangis gila dalam van dan Jin Joo nangis gila kat rumah. Sedih 😢😢😢

Macam tulah kita dalam kehidupan sebenar. Mudah salah faham, mudah putus asa, mudah buat keputusan dalam keadaan marah. Akibatnya, sampai ke sudah kita menyesal. Cerita dia setakat yang aku tengok baru episod 10. Cerita dia sangat boleh kaitkan dengan kehidupan biasa kita kecuali part balik ke masa silam. Aku rasa dia buat cerita balik ke masa silam tu nak tunjuk betapa kalau kita diberi peluang untuk balik ke masa silam, mungkin kita akan ambik jalan yang berbeza. Tapi pada hakikatnya, keputusan kita dulu dengan sekarang memang berbeza tapi macam mana pun takdir akan tetap bawa kita bersatu hah gitulah lebih kurang.

Banyak lagi nak tulis tapi kerja pun banyak yang menunggu haha. So, sampai sini je dulu. Nanti ada masa boleh tulis lagi. Anyway, second lead dia sangat mencairkan. Aku dah lama tak fangirling masa tengok kdrama tapi tengok second lead dia adudududududuh kurasakan seperti jiwaku remaja kembali muahahahahahahahahaha!

Okay la. Bye!

No comments: