Wednesday, December 14, 2016

Kat Korea pegi mana je? (Day 5)

Assalamualaikum and good day all,

If you want my full itinerary, drop me your email at the comment box. InsyaAllah will send it to you via email k.

Day 5 (Final day): 1/11/2016 (Tuesday)

Sedihhhhh dah nak balik Malaysiaaaaaa. Seriously tak puas jalan lagi ㅠㅠ tapi apakan daya, life must go on orang kabo.

Masa aku travel sendiri ni, (no agent no nothing) aku baru sedar yang sebenarnya airport transfer ni sangatlah penting. Bayangkan kau nak mengangkut segala macam mak nenek beg nak ke airport. Nak kejar flight satu hal, nak kendong anak satu hal, nak bawak beg yang dah beranak pinak satu hal. So, luckily guesthouse kitorang tu ada sediakan khidmat airport transfer yang affordable and reasonable. Just 10000krw. Bolehlah, setakat nak mengangkut segala macam mak nenek beg dalam keadaan pantas dan tangkas kannnn.

Orang sana memang punctual weh. Janji pukul 630, pukul 615 dia dah tengok kita dah siap ke belum. Of course lah, being Malaysian (or more accurately being 'Melayu'), kitorang lambat muahahahahah. Sampai dia naik beberapa kali and kita pun rasa bersalah dan bersiap bagaikan the flash wehhh hahahaha!

Since aku ada baca diorang kata airport Seoul ni strict and takleh web check-in, so aku pun berebutlah ke counter nak check-in. Barulah aku tahu kalau kita counter check-in, kita boleh claim empty seat. Kalau web check-in, kirim salam jelah k. Duit aku yang tak dapat seat tu, sampai ke sudah tak dapat refund. Nak halalkan pun, hmmmmm bukannya diorang orang miskin pun so kita mampu berhuhu jelah.

Flight pukul 930 pagi, datang airport seawal 7 pagi (itu pun sebenarnya dah janji nak keluar pukul 630 pagi huhu). Alhamdulillah semua okay dan berjaya mendarat di Tanah Melayu dengan jayanya. 

Beg yg beranak pinak

Tunggu train nak ke plane

Lost. Adakah aku kini di Malaysia???

Dah sampai Malaysia, kulit jadi kering dan mengelupas tu standard huhu. Ai tak biasalah cuaca kering Malaysia ni muahahahahahahaha geli jek!

InsyaAllah ada masa, ada umur, ada pitih, akan kujejak bumi Jeju pulak. 안녕ㅇㅇㅇ

No comments: