Friday, December 9, 2016

Kat Korea pegi mana je? (Day 3)

Assalamualaikum and good day all,

If you want my full itinerary, drop me your email at the comment box. InsyaAllah will send it to you via email k.

Day 3: 30/10/2016 (Sunday)

Plan asalnya hari ketiga ni nak pergi Namdaemun Market tapi sayangnya Namdaemun Market tutup hari berkenaan sebab hari Ahad dia memang tutup. Tak pasti pulak apesal dia pilih hari Ahad untuk tutup. Mungkin dia nak luangkan masa bersama keluarga huhu. So, untuk hari ketiga ni kitorang cover banyak tempat jugak.

1. Gyeongbokgung Palace
2. Insadong
3. Myeongdong
4. KTO Building
5. Dongdaemun

Okay kita pergi satu-satu k.

1. Gyeongbokgung Palace

Macam biasa, awal-awal pagi lagi dah keluar bilik mencari sesuap angin tak berapa nak sepoi sangat. Sejuk woi. So, dari hotel terus pergi ke Gyeongbokgung Palace. Cara nak pergi situ senang je. Engko download app subway pastu cari station Gyeongbokgung. Gyeongbokgung ni berada di Line 3. Turun je station ni nanti, akan ada signboard Gyeongbokgung Palace. Engkorang jalan je ikut signboard tu insyaAllah takkan sesat. Nanti dari kejauhan korang akan nampak macam satu bangunan istana. Haaa tulah dia Gyeongbokgung Palace.


Beria keluar awal pagi wehhh hahahaha

Masa kitorang jalan kaki menuju ke Gyeongbokgung Palace tu, nampak la 경찰 (gyeongchal) = police dia berdiri kaku kat satu crossing berdekatan dengan istana tu. Tak pastilah pulak apesal diorang berdiri kaku berempat-empat gitu. Diri pun rapat-rapat, mungkin sebab sejuk so diri rapat-rapat gitu dapatlah rasa haba sorang sikit hahahaha.

Dalam 5 minit berjalan, kitorang pun sampai. Masa tu, takde orang pun lagi. Kaunter tiket pun belum bukak. Dia bukak kol 9 pagi, kitorang sampai kol 8 lebih. Haaaa nampak tak semangatnya di situ kannn. Muahahahahaha. So, apa lagi. Kitorang pun amek la gambo apa yg patut. Pastu acah-acah tanya kat gyeongchal dia mana tandas. Tandas dia punyalah bersih pastu siap ada baby changing room and tandas khas untuk budak kecik. Toilet bowl dia memang saiz budak-budak weh. Ni ada aku amek gambo Salsabeela nak buat comparison hahahahah.


Nampak tak betapa keciknya toilet bowl dia

Matahari terik tapi sejuknya ya Tuhannnn

Ala makcik pakcik ni buat selek gambo romantik kita tiga orang la hahahaha
Budak kecik ni nak jugak jalan sendiri

Anok ayoh kangggg

The cold wind is no joke

Hilang dalam ramai gituh

Tak berapa lama tu dengarlah bunyi macam ada satu upacara apa je bising-bising kat area pintu istana. Tengok jam dah dekat pukul 10, patut pun. Diorang ada guard changing ceremony masa ni. Bertuahlah jugak dapat merasa tengok. Pastu yang buat lagi bertuah tu dapat merasa pakai baju guard dia. Hanya 8 orang je satu-satu sesi dia benarkan pakai. Haaa bayanglah dalam ramai-ramai beratus orang tu, aku antara yang bertuah dapat pakai wakakakakaka.

Sempatlah jadi chief guard kejap

2. Insadong

Okay dah puas kat Gyeongbokgung Palace, kita bergerak ke Insadong pulak. Insadong dekat peh je tapi memula macam blur jugak nak menuju ke mana. Sekali masa aku tengah tanya kat gyeongchal, ada sorang ahjumma ni tegur tanya nak pergi Insadong ke, jom la ikut dia. Wahhh baiknya ahjumma ni. Dahlah laju gila dia jalan walaupun dah tua. Sambil jalan tu borak-borak la sikit. Kitorang borak dalam bahasa korea tapi aku translate la karang korang tak paham wakakakakaka. Patutlah ahjumma ni baik, dia cikgu rupanya. Sek-sek cikgu ni memang ada kimia lebih sikit hahahaha.

3. Myeongdong

Dari Insadong, kitorang gerak ke Myeongdong. Kat area Insadong tu ada satu tourist information center, boleh mintak info kat situ kalau rasa lost. Aku amek map area situ dan dia bagitahu cara nak ke Myeongdong. kitorang naik bas ke Myeongdong. Masa kat Myeongdong ni sebenarnya cari tempat nak solat sebab aku ada baca kat blog dia kata ada tempat solat kat M Plaza area Myeongdong. Pusing punya pusing tak jumpa pun. Yang dijumpa hanyalah Nature Republic, maka my SIL pun soping la sikit barang kosmetik. Dia beli minyak argan. Pastu aku beli kat dia sebab ada lebih. Satu botol 50ml tu dalam 12000krw je, bersamaan kurang lebih RM40 lebih la. Kalau kat mesia dia kata RM80 sebotol. Murah la tu kiranya.

4. KTO Building


Dari Myeongdong, kitorang gerak ke KTO building sebab nak cari tempat solat (still tak berjaya cari tempat nak solat hahaha). 

Otw jalan tu amek gambo dulu dengan giant anchor ni. Almaklumlah, #SuriHatiMrPilotPTP la katakan muahahahaha

Sampai je kat KTO Building tu, tanya kat recpetionist dia mana prayer room, terus dia cakap level 2. Naik level 2, macam-macam ada. Ruang solat dia kecik, boleh muat 2 orang je kot. Mujur kitorang sampai awal, tak ramai orang lagi masa tu. Tandas dia superb. Best wehhhh. Selesa sangat sampai rasa macam nak tido situ wakakakaka. Round-round kat level tu dan tanya mana nak try hanbok free. Orang tu jawab kat level 5.

Mesra betul budak ni sumorang dia nak tegur. Ke semua oppa je? Hmmmm

Oppa ni excited gila kot jumpa Salsabeela. Mungkin sebab Salsabeela ikut muka ummi wakakakaka

Amboi dengan oppa kemain lagi eh kau bersayang-sayang Salsabeela wehhhh

Sibuk je tau GD ni nak tengok henset orang pulak

Ish GD ni, ngengada pulak dia

Kemain lagi engko eh mak Salsabeela

Naik level 5, rezeki kitorang ada slot tapi kena tunggu 15 minit. Sementara tunggu tu, dok tengoklah macam-macam pameran kat floor tu. Rupa-rupanya kena queue awal-awal and nak jadi rezeki, masa aku booking tu, tak ramai orang booking lagi. Dia bagi masa sejam nak pakai. Ada orang mesia datang lepas aku tanya nak booking tak dapat. Dia kena tunggu sejam kot (turn aku la tu hahahaha).


Royal family of Goryeo Era walking in the street hahahaha

Wang So <3 3="" hae="" p="" soo="">

빌라 공주님 (princess)

Versi muka bekeng la kononnya 

친구 언니

The Queens

The Queens + a princess

5. Dongdaemun

Last tempat kita harini ialah Dongdaemun. Nak jugak soping kononnya and dah tak boleh tunggu dah Namdaemun Market bukak esoknya, maka kitorang gagahkan jugak menapak ke Dongdaemun. Naik je subway berenti kat Dongdaemun station. Jalan je lebih sebab masing-masing dah penat, takdelah beli apa sangat. Aku beli jugak keychain kat Dongdaemun ni tapi menyesal tak sudah esoknya kat Namdaemun Market sebab kat sana super murahhhh ㅠㅠ

Dah jom balik tido. Esok nak pergi shopping yeayyyy!


안녕...








No comments: