Tuesday, November 29, 2016

Selamat ke naik public transport kat Korea?

Assalamualaikum and good day all,

Untuk tahun 2016 ni, Korea Tourism Organization (KTO) ni ada buat promo buku voucher. Ada banyak gila voucher/kupon termasuklah diskaun untuk AREX. With much consideration, maka kitorang pun decide la untuk naik AREX dari airport ke Seoul.

Memula tanya jugak unnie (cewah unnie) kat kaunter tu boleh tak nak redeem voucher tu. Dia kata, boleh tapi kalau 3 orang ke atas akan jadi lebih murah. Supposedly harga dia 8000krw (lebih kurang RM30 lebih duit kita) tapi guna voucher tu boleh dapat 6900krw (murah dalam 5 hengget). Tapi unnie tu kabo kalau 3 orang ke atas just 6000krw (x 3.8 duit kita) lebih kurang dalam RM23 la. Jimat 2000krw okay. 

Dalam buku voucher tu jugak dia siap bagi T-money card. T-money card ni lebih kurang macam touch 'n' go la kalau kat sini. Tapi penggunaannya lebih meluas, boleh beli kat kedai pun swap je T-money ni. Tapi kat mesia pun dah canggih okayyyy, boleh swap touch 'n' go kat baskin robbins hihihi. Masa kat airport lagi kitorang dah siap-siap reload T-money tu. Senang. Reload 30000krw insyaAllah cukup kalau untuk penggunaan public transport je sepanjang 5 hari tu.

Dari airport nak ke Seoul, ada banyak cara.
1. Taxi
2. Bas
3. Subway biasa
4. AREX

We took the 4th option. Taxi mahal. Bas lambat pulak. Subway biasa tak convenient nak kena bersesak-sesak dengan local balik kerja apa semua. So, the best choice is AREX. AREX ni macam ERL la kalau kat mesia. Tapi, bezanya standard AREX ni macam naik kapal terbang atas tanah. Beria sangat tau siap ada coach attendant. Macam dalam cerita Train to Busan tulah. Haaa gituh! Selesa pun selesa.

Dari Incheon - Seoul tu dalam 43 minit gitu. Orang korea ni kan memang pesen sharp, precise and punctual gituh. Aku tanya dia berapa lama perjalanan nak ke Seoul, dia jawab 43 minit. Tiket aku pukul 1759. Seminit je lagi pukul 1800. Tapi takleh kira gitu sebab kalau aku datang pukul 1800 alamatnya hai hai bai bai jelah. Told you, they are very punctual. Takyah nak compare la dengan train kat mesia ni. Buat sakit hati engko je nanti.

Sepanjang aku kat sana, mostly memang naik subway je. Ada dua kali naik taxi. Satu, masa nak ke jeti Nami Island. Satu lagi, masa bertukar hotel second last day tu. Dan ada beberapa kali naik bas. Masa nak pegi Namsan Tower. Pastu dari Namsan Tower nak ke Namdaemun Market, pastu dari Namdaemun Market nak balik hotel. Tapi sebab salah naik bas, akhirnya naik subway juga hahahahaha. Dengan masa jalan kat Myeongdong. Yg lain semua naik train sebab train dia sangatlah convenient and punctual weh. Kiranya kau tak sempat panas bontot pun nunggu kat station dia. Most stations wheelchair/stoller friendly. Tapi ada few stations yg takde lif (kat sana sebut elevator/엘리베이터), so kitorang pun bergandingan bahu angkat stoller puteri sorang tu bersama-sama.



 Betapa selesanya tido dalam train AREX ni. Macam naik kapal terbang kan? Hahahah

Entah apalah yg dijelekkannya tu hahahaha

Dalam lif kat station

Ni taxi luar kafe. Yg kitorang pernah naik warna orange, yg ni tak pernah naik

Diorang biasanya tinggalkan motor kat luar station and naik subway

Ni dalam Sinseoldong station

Don't worry, every station has a map

Acah-acah kdrama tunggu kat bus stop

Bus stop macam dalam kdrama W hiks

 
Tunjuk jalan nak ke mana tuuu

Untunglah Kwangsoo tolong korekkan hidung

Jarang-jarang masuk train tak dapat duduk

Budak kecik tu tak nampak sebab syok sangat tido berselubung sejuk-sejuk ni wehhh

Kalau korang nak jalan sendiri and nak guna subway, boleh download app Subway kat sini untuk iphone and android user. Aku download sampai dua. Satu, senang nak tahu harga. Satu lagi senang nak tahu berapa station dan kat mana tukar train apa semua. Lagi satu kalau korang nak naik subway ke satu-satu tempat ni, kena bertabah sikitlah untuk tukar-tukar line. Korang kena banyak baca tempat yg korang nak pegi tu kena turun dekat line mana exit apa.. Nak tahu lebih pasal line yg ada kat Seoul subway boleh klik sini.

So yes, insyaAllah selamat dan jimat je kalau naik public transport kat Korea. Orang kata, memang boleh survive la. Kalau boleh baca/tulis/cakap bahasa dia, lebih mudah rasanya sebab kalau sesat, orang sana baik hati je nak tolong tunjuk jalan.


안녕...

1 comment:

syerrrarashid said...

Kak Comel!!! Hihihi.. Nak tanya, macam mana akak dapat buku voucher KTO tu? Sekian, itu saja soalan saya.

-angahcomelzenithbrassiseserihahaha