Tuesday, November 29, 2016

Duduk hotel berapa bintang kat Korea?


Assalamualaikum and good day all,

Okay ni nak cerita pasal perjalanan booking hotel pulak masa pergi Korea haritu.

Well, aku book hotel guna agoda. Sikit tips kalau nak book hotel, make sure dia ada offer free cancellation tau. Just in case nak tukar hotel ke apa, senang takde kena cas. Macam aku, cancelled booking je ada 7 muahahahahaha! Mujur free noks.

Lepas beli tiket flight yg penuh berliku itu, maka marilah kita cari tempat berteduh pulak. Takkan nak tumpang tido kat subway station pulak kan. 

Baiklah, ada beberapa option sebenarnya nak duduk kat mana masa kat Korea.
1. Dormitory (dorm) / hostel
2. Guesthouse
3. Hotel
4. Rumah ahjumma

Pilihan no.1 tu memang out la sebab tak sesuai. Dorm/hostel ni bolehlah kalau korang nak percutian bajet pastu korang single pastu ada member jalan sekali. Memang sesuai benor la nak duduk dorm ni. Guesthouse pulak harga dia boleh tahan tapi rumah dia cantik, ala-ala macam dalam cerita korea yg engkau tengok tulah. Cuma, tak kena dengan bajet pulak. Pilihan no.4 tu pun out sebab aku tak kenal mana-mana ahjumma kat sana. Ahjumma yg aku kenal semua ada kat mesia ni haaa. So, kita stick la dengan pilihan no.3 demi kemaslahatan bersama.

Ni dalam lif hotel tu

Tu nama dia

Nak tempah hotel ni pun puas berdrama weh. Memula dok google ramailah yg kata Itaewon Inn tempat terbaik nak stay untuk Muslim kalau ke Korea. Akulah tu salah sorang yg terpedaya tu. Aku siap-siap dah book nak stay 4 malam. Pastu dok kaji-kaji lagi, since tiket balik pagi, takut nak berkejaran dan serabut perut pagi tadi, we decided to stay near the airport. So, cancel booking tadi, just booking 3 malam kat Itaewon Inn dan semalam kat Mr. Kim Guesthouse, Incheon.

Lebih kurang sebulan kot nak pergi, adalah sorang akak kat sekolah aku ni dok tanya kenapa nak duduk sangat kat Itaewon tu. Dia kata masa dia pergi dulu dia duduk kat Myeongdeong. Memang best, happening habislah. Aku pun kaji lagi. Aku kaji subway route, keadaan geografi tempat tu and senang tak nak cari makanan halal.

Bila dikaji dengan lebih mendalam, nampaknya Itaewon Inn tewas. Hanya menang dari segi halal food. So we decided to change (again) the hotel. Aku pun puaslah usha hotel area Myeongdong atau Dongdaemun tu. Usha punya usha, ada la satu hotel ni. Nama dia Sinseoldong Station Residence. Price wise, very reasonable and affordable. Location wise, super strategic. Geography wise, no hilly billy. Kalah dekat halal food je. Bincang punya bincang, maka kata sepakatnya adalah tukar hotel. So, aku tukar 3 malam stay aku kat Itaewon Inn tu ke Sinseoldong Station Residence. 

Aku baca review orang yg pernah menginap kat situ, rata-ratanya komplen pasal hygiene and cleanliness dia. Ramai kata kotor, ada lipas la, towel tak tukar la, bilik tak kemas la, katil nak roboh la, takde shower la. Eh macam-macamlah komplen. Ramai puji dari segi kawasan je. Mana taknya weh. Dekat gila dengan subway station okayyy. Selepas aku kaji dari segi subway route dia, dia berada di Line 1. Senang cerita, Line 1 ni sebaris la dengan Seoul. So kalau naik AREX direct dari Incheon airport - Seoul. Dia memang benti kat Seoul. Dari Seoul tu amek satu train je menghala ke Cheongyangni, korang benti kat Sinseoldong. Memang ada stop dia. The 7th stop from Seoul station. Keluar je train, exit 2, naik lif ke atas. Keluar lif, dia kat sebelah tu je. Dia ada tulis Sinseoldong Station Residence. Lagi satu, dia ada lif walaupun nampak cikai huhu.

Kalau aku stay Itaewon Inn, dari airport aku kena tukar dua line. Ni cerita dia kalau naik AREX la sebab AREX benti kat Seoul station je. So, dari Seoul station tu kena tukar dua lagi train sebelum sampai ke Itaewon since Itaewon ni kat line 6. Seoul tu lain 1. Dari line 1, kena tukar ke line 4 pastu dari line 4 baru boleh tukar line 6. Boleh je sekali tukar ke line 6 tapi akan jadi jauh la. Since aku tukar hotel, aku hanya perlu tukar sekali je kat Seoul station sebab Sinseoldong Station Residence tu kat Sinseoldong station which is in line 1 as well! Alhamdulillah, kurang satu pening kepala. Kalau korang nak faham line-line ni semua, better download la app subway Seoul tu.

Ni kat luar hotel tu. Dekat je kan dengan subway station?

Our final night stay was at Mr. Kim Guesthouse, Incheon. Guesthouse ni diuruskan oleh isteri Mr. Kim, nama dia Mrs. Jo. Aku panggil dia unnie (serius weh). Peramah gila. Aku baca review dia memang terbaiklah tempat ni. Memula kitorang berbalas emel, lepas tu berbalas wasap. Servis memang first class. Tempat dia pun tiptop takyah cakap. Bahayanya tempat dia ni, kau tido taknak bangun sebab selesa sangat muahahahaha. Bahaya weh sebab biasanya orang stay situ sebab nak catch morning flight, macam kitorang la. Haha! Unnie ni lepas tahu aku boleh cakap korea sikit-sikit, habis terus dia ajak aku gosip sembang macam dalam cerita tu. Kemain laju. Aku hanya mampu sengih, angguk kepala dan jawab 네네ㅋㅋㅋㅋ. Itu pun dia puji aku pandai cakap korea muahahahaha!


Tengoklah berapa lapis baju princess sorang ni

Boleh tahan la bilik dia, muat je nak solat dan sepah-sepahkan baju muahahahaha

Yg bestnya, dia siap bagi tempat penyangkut nak sangkut baju-baju kita




Cerita pasal dua gambar kat atas ni adalah malam terakhir kitorang kat hotel ni, tetiba ada orang ketuk pintu. Ingatkan my SIL datang nak main dengan anak sedara dia. Sekali orang korea cakap "Baby, baby." Sambil hulurkan sekotak patung laki bini korea. Suami aku amek dan cakap thank you. Sekali budak kecik ni pun menjengah dan apa lagi, teruslah excited dua orang korea tersebut sambil kabo comelnya, besarnya mata dia, cantiknya dia macam mak dia (kekekeke gurau je). Dia amek balik hadiah daripada suami aku dan bagi sendiri kat tangan Salsabeela. Kemain tau ada peminat. Nyampah!


Ini je gambo yg mampu amek kat Mr. Kim Guesthouse. Amek gambo baju beli kat sana atas tilam dia. Tilam dia super fluffy weh. Taktau kenapa tak teringat nak amek gambo banyak-banyak tapi tempat dia memang superb weh. Bersih, first class! Shower foam, shampoo apa semua argan oil uols. Kau mampu? Hahahaha!

So, cerita dia bintang pada hotel tak penting asalkan ada tempat nak lelap mata. Bukannya korang nak berkurung pun kat tempat tu nak beria sangat. Engkau jalan puas, balik bilik letak kepala terus berdengkur (bukan akulah obviously). Tak sempat nak fikir pun dia tukar towel ke tak ke. Yelah, sebab aku bawak towel aku sendiri kehkehkeh.


안녕...

No comments: